top of page

Projek WCE capai kemajuan 88 peratus


Projek WCE capai kemajuan 88 peratus
Alexander (kanan) mendengar taklimat semasa meninjau tapak projek itu di Seksyen 6 WCE Assam Jawa di sini pada Rabu. AAA

Projek WCE capai kemajuan 88 peratus

KUALA SELANGOR - Kemajuan projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) berada pada tahap 88 peratus.


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jajaran sepanjang 233 kilometer yang menghubungkan Banting, Selangor ke Taiping, Perak itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.


Menurut beliau, projek itu mengalami kelewatan kerana masalah pengambilan tanah di luar jangkaan.


"Perbelanjaan untuk pengambilan tanah pada mulanya hanya dianggarkan RM980 juta dan akhirnya (meningkat) melebihi RM2 bilion," katanya ketika ditemui selepas meninjau tapak projek itu di Seksyen 6 WCE Assam Jawa di sini pada Rabu.


Alexander memberitahu, segala permasalahan berkaitan pengambilan tanah telah selesai dan kerja-kerja pembinaan projek itu sedang giat dilaksanakan.


"Sebanyak 10 kawasan rehat dan rawat (R&R) dibina di laluan kedua-dua hala WCE ini," kata beliau.


Dalam pada itu, katanya, pada masa ini, projek di Seksyen 6 WCE bermula dari persimpangan bertingkat Kapar ke persimpangan bertingkat di Assam Jawa boleh digunakan sepenuhnya Oktober depan.


Beliau memberitahu, lebuh raya menggunakan dua lorong dua hala membabitkan laluan sepanjang 21.8 kilometer itudijangka dapat menjimatkan masa perjalanan kira-kira satu jam dari Selangor Utara ke Lembah Klang.


"Ini sekali gus dapat memberi manfaat besar bagi merancakkan lagi industri pelancongan di kawasan ini dan membantu menarik kehadiran pelancong," ujar beliau.


Sumber: Sinar Harian


Projek WCE capai kemajuan 88 peratus


Comentários


bottom of page