top of page

Projek terowong bawah permukaan air pertama di Asia Selatan sudah separa siap


Projek terowong bawah permukaan air pertama di Asia Selatan sudah separa siap Astro Awani www.astroawani.com
Terowong sepanjang 9.3 kilometer (km) dengan kelajuan reka bentuk 80 km sejam itu mendapat sokongan Bank Eksport-Import China. - Reuters

CHITTAGONG: Pembinaan terowong di bawah permukaan air di Bangladesh berjalan lancar apabila pembinaannya kini sudah separa siap, lapor Xinhua.


Terowong Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman, terowong pertama Asia Selatan yang dibina di bawah permukaan air itu terletak di muara Sungai Kanapuri di bandar Chittagong, menghubungkan tebing timur dan barat Sungai Kanapuri.


Dibina syarikat China Communication Construction Co Ltd, terowong sepanjang 9.3 kilometer (km) dengan kelajuan reka bentuk 80 km sejam itu mendapat sokongan Bank Eksport-Import China. Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina pada Sabtu menyertai majlis penghargaan secara maya dari kediaman rasminya Ganabhaban di Dhaka sebagai menghargai usaha pihak yang terlibat dalam pembinaan projek itu.


Duta China ke Bangladesh Li Jiming berkata terowong ini akan mengoptimumkan pengangkutan tempatan dengan ketara serta memudahkan kesalinghubungan antara Bangladesh dan negara jiran.


Beliau berkata ini juga menunjukkan peranan penting Bangladesh dalam kesalinghubungan serantau, dan hab antara negara yang menyertai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).


Sumber: Astro Awani


11 views

Comments


bottom of page