Kuala Lumpur: Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) anak syarikat milik penuh Lembang Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membina kompleks lengkap dengan pelbagai fasaliti bernilai RM75 juta.
Projek Tepian Tekpi Pernama di bina di atas tanah 2.49 ekar di Jalan Padang Tembak menawarkan pelbagai fasilitasi antaranya, pasaraya, restoran pandu lalu, anjung selera dan ruang perniagaan.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, pembinaan itu dilakukan di atas tanah milik Kementerian Pertahanan dengan pajakan selama 30 tahun dengan kadar RM436,000 setahun.
"Selain fasaliti itu, kompleks terbabit juga dewan serbaguna, 84 bilik hotel, dan ruang pejabat, untuk manfaat warga pertahanan yang berkhidmat di Lembah Klang.
"Berdasarkan lokasinya yang strategik serta berhampiran dengan Wisma Pertahanan, ia bakal menjadi sebahagian daripada mercu tanda dan kebanggaan warga pertahanan. Projek ini bakal menyaksikan sebuah bangunan Pernama yang setanding dengan pusat membeli belah diluar sana," katanya pada sidang media selepas melancarkan Majlis Pecah Tepian Tekpi di Jalan Padang Tembak, di sini, hari ini.
Adly berkata, kos pembangunan Tepian Tekpi ini adalah sebanyak RM75 juta adalah satu pelaburan yang agak tinggi oleh Pernama.
"Namun tidak dinafikan pelaburan ini amat penting kepada Pernama, dalam usaha dan tanggungjawabnya untuk memberi keselesaan dan meningkatkan lagi taraf kualiti hidup warga ATM.
"Kerja-kerja pembinaan ini akan dimulakan pada bulan Disember 2023 atau awal Januari 2024 selepas mendapat kelulusan penuh daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),"katanya.
Sumber: Harian Metro
Projek Tepian Tekpi Pernama tawar pelbagai fasaliti
Comments