top of page

Projek sakit untuk M40 di Taman Saujana Jaya selesai


Projek sakit untuk M40 di Taman Saujana Jaya selesai
Gambar hiasan: Projek rumah di Taman Saujana Jaya

Projek sakit untuk M40 di Taman Saujana Jaya selesai

KULAI: Sebuah lagi projek sakit di negeri ini selesai selepas 110 pembeli rumah di Taman Saujana Jaya di sini, menerima kunci rumah baharu mereka.


Perumahan itu sebelum ini dikategorikan sebagai projek sakit kerana kelewatan selama dua tahun, kini dapat diduduki pembeli selepas isu dialami pemaju dapat diselesaikan.


Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata perumahan bagi golongan M40 itu dibina pemaju, Glomac Berhad antara empat projek sakit yang disasarkan untuk diselesaikan tahun ini.


"Sudah tentu, kesan COVID-19 memberi impak besar kepada pemaju dari segi harga kos barang dengan nilai material yang ada," katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci, Taman Saujana Jaya, hari ini.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

Turut hadir, Pegawai Daerah Kulai, Zainor Adani; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Mohd Fahmi Salam dan Ketua Pegawai Operasi Glomac Berhad, Zulkifly Garib.


Mohd Jafni berkata, hingga kini terdapat tiga lagi projek sakit yang dijangka diselesaikan sebelum akhir tahun ini iaitu di Bandar Tenggara dan Pengerang di Kota Tinggi, serta satu di Muar.


"Di Johor, kita sudah selesaikan tujuh projek sakit dan kita komited untuk selesaikan lebih banyak lagi dan tumpukan pada projek yang mana pemajunya memang perlukan bantuan Kerajaan Negeri untuk gerakkan agensi berkaitan bagi selesaikan isu mereka.


Sementara itu, seorang pembeli, Salleh Omar, 62, melahirkan rasa lega selepas rumah yang dibelinya pada 2017 itu akhirnya dapat diduduki.


"Selepas bertahun-tahun kita perjuangkan untuk dapatkan kunci akhirnya semuanya selesai. Pernah saya bertegang urat dengan pemaju semata-mata mahu pastikan pembeli terima kunci, sekarang kami sudah lega," katanya yang menghargai peranan kerajaan negeri.


Sumber: Berita Harian


Projek sakit untuk M40 di Taman Saujana Jaya selesai


Comments


bottom of page