
Kemajuan Projek ROL
Setakat 31 Disember 2024, projek ROL mencapai 95.52% kemajuan keseluruhan
Pembersihan sungai: 96.16% siap
Pengindahan sungai: 93.96% siap
Penyelarasan oleh Delivery Management Office (DMO)
DMO di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bertanggungjawab mengurus penyelarasan projek
Mesyuarat penyelarasan setiap tiga bulan melibatkan pelbagai agensi:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan & Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Fokus Kerja-Kerja Kritikal Sehingga 2030
Pemuliharaan sungai diteruskan sehingga 2030 dengan penekanan kepada projek berimpak tinggi
Fokus utama:
Peningkatan kualiti air di Sungai Klang & Sungai Gombak
Pengindahan kawasan sungai untuk nilai ekonomi & tarikan pelancongan
Perbelanjaan kerajaan perlu memberi nilai pulangan maksimum dalam transformasi sungai
Maklum Balas Terhadap Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2024
Kerajaan menumpukan kepada projek must-have yang benar-benar kritikal
Keutamaan kepada kerja pembersihan sungai yang memberi kesan langsung kepada indeks kualiti air
Mekanisme penyelenggaraan ROL telah dirangka untuk memastikan pengurusan aset secara sistematik dan mampan
Pelaksanaan & Penyelesaian Isu Secara Segera
Mesyuarat kecemasan akan diadakan jika terdapat isu kritikal yang perlu diselesaikan segera
Kerjasama erat antara agensi untuk memastikan projek ROL siap sepenuhnya menjelang 2030
Impak Projek ROL kepada Pembangunan Bandar
Sebahagian daripada Entry Point Project (EPP) di bawah National Key Economic Areas (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Klang Valley
Mentransformasikan Sungai Klang & Sungai Gombak menjadi ikon waterfront yang berkualiti tinggi
Berpotensi menjadi tarikan pelancongan utama di Kuala Lumpur serta menyumbang kepada pembangunan bandar mampan
Sumber: Wilayah Ku
Comentarios