top of page

Projek prasarana RM305 juta di Sri Aman


Projek prasarana RM305 juta di Sri Aman
Sri Aman

Projek prasarana RM305 juta di Sri Aman

SRI AMAN: Dua projek prasarana bernilai RM305.8 juta telah diluluskan oleh kerajaan bagi kawasan Sri Aman, umum Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Projek pertama katanya adalah menaik taraf Jalan Ulu Skrang dekat Engkilili sejauh 50 kilometer yang menelan kos sebanyak RM300 juta manakala projek keduanya pula adalah membina satu jambatan konkrit bertetulang bernilai RM5.78 juta di Nanga Entalau.


"Kedua-dua projek terbabit telah kita luluskan di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Tahun 2023, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12)," katanya.


Beliau yang Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian pada sidang media bersempena dengan Majlis Makan Tengah Hari Ngiling Tikai di Dewan Suarah Sri Aman dekat sini hari ini.


Hadir sama ialah Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah Sarawak (M-FICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, menteri dan timbalan menteri.


Selain itu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Kerajaan Sarawak kata Zahid juga akan terus melaksana projek pembangunan khas di kawasan Sri Aman dengan kos keseluruhan sebanyak RM1.114 bilion.


Pada sidang media itu juga, beliau turut mengumum pelaksanaan Projek Jiwa Murni yang akan bermula pada pertengahan bulan ini dengan kos sebanyak RM85 juta.


Menurut beliau, projek terbabit akan dilaksana sekitar kawasan Ba'kelala dan yang berdekatan dan tertumpu kepada kerja menaik taraf jalan yang sudah tidak dapat dilalui oleh lori balak.


"Antara jalan yang akan dinaik taraf adalah di Kuala Medalam Limbang yang menelan kos sebanyak RM43 juta, naik taraf jalan dari Ba'kelala ke Bario bernilai RM28 juta dan naik taraf jalan ke Skim Rancangan Sepupuk Niah bernilai RM6.5 juta.


"Ia merupakan berita baik untuk penduduk di kawasan pedalaman lebih-lebih bagi mereka yang bakal meraikan sambutan Hari Krismas pada hujung tahun ini.


"Ini kerana jika projek naik taraf siap dilaksanakan kelak maka penduduk akan dapat pulang ke kampung halaman masing-masing dengan lebih mudah berbanding sebelum," kata Zahid.


Sumber: Berita Harian


Projek prasarana RM305 juta di Sri Aman





Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page