top of page

Projek penurapan semula jalan simpang lampu isyarat di Jalan Sibiyu atasi masalah banjir


Penurapan semula jalan di simpang lampu isyarat Jalan Sibiyu Bintulu untuk atasi banjir dan tingkatkan keselamatan jalan raya.
Projek penurapan semula jalan di Jalan Sibiyu, Bintulu, membantu mengatasi masalah banjir dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Berita terkini industri pembinaan Malaysia, termasuk projek penurapan jalan dan infrastruktur di seluruh negara.

BINTULU: Projek penurapan semula jalan dilaksanakan di kawasan simpang lampu isyarat termasuk di hadapan jalan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Siong Boon di Jalan Sibiyu di sini untuk menangani masalah banjir di laluan itu dan meratakan jalan tersebut.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu berkata, paras jalan tersebut perlu ditinggikan yang sebelum ini tidak sama rata di saluran pembetung di tengah simpang jalan itu sehingga mengakibatkan banyak berlaku kemalangan.


Begitupun beliau menggesa kontraktor dan para pekerjanya menyegerakan pelaksanaan kerja berkenaan.


"Saya berharap kontraktor dengan penyeliaan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dapat menyiapkan cepat projek meninggikan paras jalan berkenaan dan simpang yang ditutup sementara itu dapat dibuka semula untuk pengguna jalan raya," katanya semasa meninjau projek berkenaan pada Selasa.


Keutamaan penting adalah keselamatan pengguna jalan raya dan semua pihak.



Projek penurapan semula jalan simpang lampu isyarat di Jalan Sibiyu atasi masalah banjir

Comments


bottom of page