top of page

Projek pencahayaan baru di Jalan Melang, tingkat keselamatan jalan raya


Gambar hiasan (Sumber: Youtube)

SEREMBAN, 8 Disember - Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan sebanyak RM467,000 bagi melaksanakan projek pencahayaan baru di Jalan Melang, Kuala Pilah.


Projek itu akan meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya, khususnya pada waktu malam.


Menteri Besar Datuk Seri Utama Aminuddin Harun berkata, projek tersebut merupakan hasil kerjasama antara kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). 


Katanya, projek pencahayaan baru itu dapat mengurangkan kadar kemalangan di kawasan tersebut selain memperindahkan kawasan sekitar Kuala Pilah itu sendiri.


Beliau mengharapkan komitmen pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP)  dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk meneruskan projek berkenaan ke fasa kedua bagi memasang tiang lampu hingga ke Jalan Ampang Tinggi.


"Kini ingin melihat semua kawasan bandar di Negeri Sembilan menyahut pembangunan menyeluruh, saya juga berharap semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi-agensi di Negeri Sembilan akan lebih gigih berusaha meningkat pembangunan daerah daripada aspek teknologi.


"Iaitu dengan ciri bandar pintar, pembangunan landskap yang mampan, pembangunan produk pelancongan dan lain-lain lagi agar dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat," kata Aminuddin.


Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Pencahayaan Baru Jalan Melang, Kuala Pilah dan PelancaranKempen Pengunaan Beg Mesra Alam Peringkat Daerah Kuala Pilah.


Sementara itu beliau menyeru semua agensi kerajaan, peniaga, individu dan seluruh masyarakat supaya menggunakan beg mesra alam seperti plastik biodegradable, beg kertas, beg kain, beg nylon dan bahan yang boleh diguna semula serta mudah terurai jika hendak dilupuskan.


Sumber: Berita RTM

Comentários


bottom of page