top of page

Projek pembinaan bekalan air Jalan Labang-Tubau dilaksana


Julaihi semasa mengadakan lawatan ke tapak projek bekalan air berimpak tinggi di Jalan Labang-Tubau di Bintulu hari ini.

BINTULU: Projek pembinaan bekalan air berimpak tinggi di sepanjang Jalan Labang-Tubau bernilai RM130.6 juta sedang dilaksanakan bagi menambah baik sistem bekalan di kawasan terbabit. 


Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata projek bekalan air itu dirancang dengan teliti oleh Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).


Beliau berkata, kedua-duanya bertindak sebagai agensi pelaksana bagi menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat di kawasan-kawasan terbabit.


"Projek bekalan air ini dilaksanakan melalui dua pakej iaitu  Pakej 1 melibatkan cadangan bekalan air kawasan sepanjang Jalan Bintulu-Bakun dari kawasan Labang ke Tubau sepanjang 98 kilometer. 


"Bagi Pakej 2 pula merangkumi cadangan bekalan air di laluan sama iaitu dari kawasan Labang ke Tubau," katanya ditemui sejurus selesai melawat ke tapak projek Sistem Grid Bekalan Air Sarawak di Jalan Bakun-Tubau di sini hari ini.


Julaihi berkata, skop projek itu turut melibatkan pembinaan loji rawatan air berkapasiti 10 juta liter sehari, pembinaan dua unit tangki aras tinggi berkapasiti 3.5 juta liter, pembinaan satu unit tadahan termasuk pembinaan permukaan air sauk dan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal berkaitan.


"Apabila projek ini siap sepenuhnya pada suku kedua tahun 2026, ia dijangka meningkatkan kapasiti pengeluaran dan meningkatkan liputan air bersih ke 62 rumah dan kampung khususnya di sepanjang lawasan Labang ke Tubau," jelasnya.


Comments


bottom of page