PROJEK menaik taraf Terminal Feri RORO dan Penumpang di Wilayah Persekutuan Labuan dijangka bermula pada tahun 2025.
Katanya, terdapat keperluan agar Terminal Feri RORO dan Penumpang di Wilayah Persekutuan Labuan dinaik taraf bagi meningkatkan tahap keselamatan, keselesaan dan perkhidmatan di terminal feri berkenaan.
“Keadaan semasa terminal feri berkenaan menunjukkan bahawa kawasan pendaratan di terminal telah mengalami hakisan dan menyebabkan kerosakan pada struktur sokongan utama yang memerlukan kerja-kerja pemulihan dan pembaikan,” katanya.
MoT berkata demikian ketika menjawap soalan Datuk Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) ketika sesi jawapan liisan di parlimen semalam.
Menurut MOT, pihaknya telah mengambil tindakan susulan dengan memohon peruntukan Perbelanjaan Pembangunan (DE) sebanyak RM22 juta di bawah Rolling Plan ke 5 (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi tujuan Menaiktaraf Terminal Feri RORO Kenderaan dan Penumpang Wilayah Persekutuan Labuan tersebut.
“Permohonan projek juga telah dibentangkan kepada Kementerian Ekonomi (KE) pada 25 April 2024,” katanta.
Dalam pada itu, MOT berkata Perdana Menteri Malaysia juga telah mengadakan lawatan dan sesi libat urus komuniti di Jabatan Laut Wilayah Persekutuan Labuan pada 31 Mei 2024 lalu.
“Melalui lawatan dan sesi libat urus berkenaan, Perdana Menteri telah mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM22 Juta untuk melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf di terminal feri berkenaan,” katanya.
Sumber: Wilayah Ku
Comments