top of page

Projek Miri Sentral dijangka siap Januari 2024



MIRI: Projek pembinaan Miri Sentral yang melibatkan pembangunan terminal bas dijangka siap menjelang Januari 2024.


Projek yang memakan kos sebanyak RM23.22 juta itu akan dilaksanakan pada Disember depan dalam tempoh 26 bulan.


Ini sekali gus akan mewujudkan rangkaian pengangkutan yang berkesan dan perkhidmatan awam yang efektif.


Pembangunan projek fasa pertama tersebut juga akan menjadi hab pengangkutan baharu untuk bandar raya Miri.


Terminal bas baharu itu memiliki 21 platform bas, 12 premis jualan tiket bas, 15 platform teksi, 10 unit kedai runcit, tiga ‘disable’ tempat letak kereta, ruang penyimpanan kargo, ruang menunggu dan tandas.


Fasa kedua pula melibatkan pembinaan pasar raya dua tingkat, manakala fasa ketiga melibatkan pembinaan kompleks komersial tiga tingkat.


Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menyempurnakan majlis pecah projek berkenaan pada Isnin.


Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato’ Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato’ Sri Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Speaker DUN Sarawak, Dato Gerawat Gala, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Sosio Ekonomi), Dato Sri’ ‘Mohamad Abu Bakar Marzuki serta tetamu jemputan lain.


Sumber: Sarawak Voice

Comments


bottom of page