top of page

Projek menara penghantaran monopole


Projek menara penghantaran monopole
Jambatan Pulau Pinang

Projek menara penghantaran monopole

Pengguna Jambatan Pulau Pinang akan keliru melihat deretan pelantar yang dibina sepanjang tepi jambatan itu.


Sebenarnya pembinaan pelantar tersebut dilakukan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi projek menara penghantaran monopole sepanjang 8.5 kilometer (km) yang bakal menghubungkan Pencawang Masuk Utama (PMU) Stesen Janakuasa (SJ) Perai ke PMU The Light di George Town Pulau Pinang.


Projek menara itu merupakan projek kedua selepas projek talian atas monopole pertama TNB yang sudah siap dibangunkan sepanjang 4.2 km yang menghubungkan Pantai Siring ke Pulau Besar Melaka.


Projek menara itu adalah bagi menyambungkan terus bekalan elektrik daripada Grid Nasional Pulau Pinang melalui penghantaran talian atas dari tanah besar Semenanjung, bagi mengekalkan kestabilan bekalan elektrik di Pulau Mutiara.


Dijangka siap menjelang penghujung 2024 dan bakal menjadi mercu tanda ikonik Pulau Pinang melalui menara talian penghantaran unik.


Sumber: Sinar Harian


Projek menara penghantaran monopole

Comments


bottom of page