KUCHING: Pembinaan bangunan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu di Sibu Jaya kini dalam peringkat reka bentuk dan dijadualkan ditender penghujung tahun ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Penguang Manggil berkata, pembinaan bangunan tersebut telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK) serta telah memperoleh kelulusan untuk penempatan.
“Perolehan untuk projek dibuat melalui tender terbuka dijadualkan pada penghujung tahun ini dan dijangka siap pada tahun 2025,’’ katanya menjawab soalan Adun Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Penguang berkata, projek tersebut dibina di Lot 7200, Blok 1, Menyan Land District Sibu Jaya, iaitu berhadapan Perpustakaan Awam Majlis Daerah Luar Bandar Sibu dan Balai Polis Sibu Jaya.
Sementara katanya, kos bagi pembinaan bangunan tersebut dijangka menelan belanja sebanyak RM27,999,500.
Sumber: Sarawak Voice
Comments