top of page

Projek lebuh raya Pan Borneo capai kemajuan ketara - CILT Sabah


Projek lebuh raya Pan Borneo capai kemajuan ketara - CILT Sabah
Projek lebuh raya Pan Borneo telah mencapai kemajuan ketara dalam usaha berterusan untuk meningkatkan infrastruktur jalan raya Sabah. - Foto fail/BERNAMA

Projek lebuh raya Pan Borneo capai kemajuan ketara - CILT Sabah

LABUAN: Projek lebuh raya Pan Borneo telah mencapai kemajuan ketara dalam usaha berterusan untuk meningkatkan infrastruktur jalan raya Sabah, menurut Chartered Institute of Logistic and Transport cawangan Sabah (CILT Sabah).


Pegawai Perhubungan CILT Sabah Daniel Doughty berkata bahagian Sabah dalam projek itu diterajui oleh seorang menteri dengan latar belakang kejuruteraan yang membantu menangani pelbagai cabaran dan menyumbang kepada kemajuan projek itu.


"Persiapan menerima keberangkatan konvoi Yang di-Pertuan Agong dari Tawau, Sabah ke Kuching, Sarawak (menggunakan lebuh raya) pada 3 Sept ini semakin meningkat.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Pendekatan langsung Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah merancang dan melaksanakan projek lebuh raya Pan Borneo yang tertangguh telah memainkan peranan penting dalam membawanya lebih dekat kepada siap," katanya.


Daniel berkata pengangkutan darat negeri itu telah lama terlalu bergantung kepada rangkaian jalan raya sedia ada.


"Bagi menangani perkara ini, pembiayaan yang besar daripada kerajaan Persekutuan telah diperuntukkan untuk meningkatkan usaha penyelenggaraan, dan peruntukan itu kekal sebagai faktor penting dalam memastikan keberkesanan rangkaian jalan raya dan pergerakan lancar orang dan barangan," katanya.


Beliau berkata kemakmuran masa depan Sabah terletak pada pelaksanaan strategi pengangkutan pelbagai mod yang komprehensif.


"Perluasan rangkaian rel Sabah, khususnya perhubungan antara utara dan timur, memberi harapan yang besar. Integrasi dengan rangkaian yang dicadangkan seperti kereta api Trans-Borneo memerlukan perancangan yang teliti.


"Banyak faedah akan dinikmati daripada rangkaian kereta api yang disambungkan dengan baik termasuk mengurangkan kesesakan dan mengukuh jalinan ekonomi antara bandar dan luar bandar," katanya.


Beliau berkata ia juga akan membuka ruang kemudahan pergerakan kargo di dalam negeri dan seluruh Borneo.


"Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan, pencapaian baru-baru ini adalah bukti kemajuan yang dicapai dan potensi yang menanti untuk infrastruktur pengangkutan Sabah," katanya.


Sumber: Astro Awani


Projek lebuh raya Pan Borneo capai kemajuan ketara - CILT Sabah


Comments


bottom of page