top of page

Projek Kompleks Sukan Rembau dijangka siap April 2024


Projek Kompleks Sukan Rembau dijangka siap April 2024
PROJEK pembinaan Kompleks Sukan Rembau yang sebelum ini dikategorikan sebagai projek sakit dijangka disiapkan pada bulan April 2024.-GAMBAR/PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN.

Projek Kompleks Sukan Rembau dijangka siap April 2024

REMBAU: Projek pembinaan Kompleks Sukan Rembau di sini yang sebelum ini dikategorikan sebagai projek sakit dijangka dapat disiapkan pada bulan April tahun hadapan.


Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan, Roslan Mat Nong berkata, selepas pelantikan kontraktor penyelamat dilakukan, projek berkenaan telah dipulihkan dan status pelaksanaan kini mengikut jadual.


“Status pelaksanaan projek adalah mengikut jadual dan dijangka siap pada 26 April 2024. Projek ini merupakan projek sakit yang telah dipulihkan melalui pelantikan kontraktor penyelamat dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) memantau rapi projek ini,” katanya.


Pada bulan Julai lalu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberitahu, Kompleks Sukan Rembau merupakan dua projek infrastruktur belia dan sukan di Negeri Sembilan yang dikategorikan sebagai sakit dan perlu disiapkan segera.


Sebuah lagi projek sakit yang telah diaktifkan semula itu adalah Akademi Pembangunan Belia Malaysia di Port Dickson.


Projek pembinaan Kompleks Sukan Rembau telah dimulakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 dengan peruntukan sebanyak RM27 juta namun gagal disiapkan ekoran masalah dihadapi kontraktor.


Sementara itu, Roslan berkata, selain memiliki fasiliti padang bola sepak, Kompleks Sukan itu Rembau juga dilengkapkan dengan kemudahan balapan sintetik, gelanggang futsal, sepak takraw, bola keranjang dan bola jaring serta dewan serbaguna.


“Apabila siap kelak, ia diharap dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat dan digunakan sebagai instrumen memupuk perpaduan, meningkatkan kesihatan serta melahirkan atlet-atlet yang mengharumkan nama Negeri Sembilan dan negara,” katanya.


Sumber: Utusan


Projek Kompleks Sukan Rembau dijangka siap April 2024


Comments


bottom of page