top of page

Projek kereta api laju pertama Indonesia terlebih bajet AS$1.2 bilion


Projek kereta api berkelajuan tinggi pertama Indonesia
Projek kereta api berkelajuan tinggi pertama Indonesia dijadual siap pada Jun 2023

Projek kereta api berkelajuan tinggi pertama Indonesia

JAKARTA: Indonesia dan China bersetuju lebihan bajet berjumlah AS$1.2 bilion bagi projek kereta api berkelajuan tinggi pertama di negara Asia Tenggara itu, kata seorang pegawai kerajaan Indonesia di Parlimen hari ini.


Projek itu sebelum ini dianggarkan AS$2 bilion terlebih bajet, menjadikan kos keseluruhannya kepada 113 trilion rupiah (AS$7.36 bilion), menurut konsortium syarikat Indonesia dan China yang membina projek itu, dikenali sebagai PT KCIC.


"Kami bersetuju dengan angka lebihan kos sebanyak AS$1.2 bilion. Terdapat beberapa perkara yang masih disemak semula berkaitan cukai, bayaran penjelasan kekerapan, namun kami mempersetujui jumlahnya," kata Timbalan Menteri Perusahaan Negara, Kartika Wirjoatmodjo.


Butiran selanjutnya termasuk pinjaman tambahan daripada China Development Bank untuk menampung kos tambahan terbabit akan dimuktamadkan dalam masa sebulan, tambahnya.


Syarikat-syarikat yang terbabit dalam konsortium itu dijangka menambah penyertaan ekuiti masing-masing, manakala firma kereta api milik kerajaan, PT KAI bersama syarikat pembinaan milik kerajaan, Wijaya Karya yang menguasai 60 peratus daripada KCIC, menerima suntikan modal 3.2 trilion rupiah (AS$210.66 juta) daripada kerajaan bulan lalu untuk membantu menyiapkan projek berkenaan.


Jajaran sepanjang 142 kilometer itu, yang akan menghubungkan Jakarta dengan salah satu bandar terbesar negara itu, Bandung, dianugerahkan kepada KCIC pada 2015, namun berdepan beberapa isu termasuk pembinaan tertangguh disebabkan pandemik.


Projek itu dijangka siap pada Jun 2023.


Sumber: Berita Harian


9 views

Comments


bottom of page