Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melaksanakan kerja-kerja mengecat jalan glow in the dark di Jalan Rawang-Kuala Selangor (Persimpangan Batu Arang) B27, di daerah Gombak, Selangor.
Kementerian Kerja Raya (KKR) sebelum ini berkata, pelaksanaan garisan jalan glow in the dark ini mengikut konsep garisan di jalan raya yang kelihatan normal pada waktu siang namun akan bercahaya pada waktu malam. Ia adalah bagi memastikan pengguna jalan raya memandu lebih selamat dan sangat membantu terutamanya bagi pengguna jalan raya yang tidak biasa memandu melalui sesuatu kawasan baharu.
Pada pertengahan November tahun lalu, JKR Daerah Hulu Langat telah melaksanakan projek rintis pemasangan cat garisan jalan glow in the dark di persimpangan Jalan Sungai Lalang, Semenyih. Ia merupakan lokasi pemasangan cat jalan ‘glow in the dark’ yang pertama seumpamanya di Malaysia. Kemudian diikuti dengan lokasi lain iaitu di Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang menghala ke Durian Burung, Padang Terap di Kedah.
Kemudian, ia dilaksanakan pule di Jalan Bukit Kucing di Gelang Patah, dan Jalan Paloh J16 Batu Pahatdi Johor. Garisan jalan glow in the dark di laluan tersebut adalah sepanjang 300 meter.
Manakala di Negeri Sembilan pula, projek ini dilaksanakan pada Februari lalu yang melibatkan dua lokasi iaitu jalan lama Bukit Putus, Kuala Pilah dan jalan Bukit Miku, Rembau. Ia melibatkan kos sebanyak RM500,000 yang disediakan bagi projek di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) itu yang disalurkan oleh kerajaan negeri. Panjang jalan adalah masing-masing lebih kurang dua km.
Sumber: Paultan
Comments