top of page

Projek ‘flyover’ Tol Senawang – Jalan Tasik Jaya lulus


Projek ‘flyover’ Tol Senawang – Jalan Tasik Jaya lulus
Kesesakkan di jalan masuk ke Plaza Tol Senawang

Projek ‘flyover’ Tol Senawang – Jalan Tasik Jaya lulus

SEREMBAN: Projek pembinaan jambatan (flyover) dari Plaza Tol Senawang ke Jalan Tasik Jaya (Paroi) telah diluluskan.


Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun (PH-Sikamat) berkata, Kementerian Kerjaraya secara dasarnya telah meluluskan permohonan ini.


“Kementerian Kerjaraya sedang dalam peringkat pertimbangan mengenai harga tawaran kos pelaksanaan projek tersebut.


“Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang menimbang dan meluluskan projek tersebut dan saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Jalaluddin yang pada ketika itu merupakan Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia yang turut bertungkus lumus memastikan permohonan ini diluluskan,” ujar Aminuddin.


Aminuddin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren (PH) pada Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke-15.


Sumber: Negeri Kita


Projek ‘flyover’ Tol Senawang – Jalan Tasik Jaya lulus

Comentarios


bottom of page