top of page

Projek EKVE dijangka dibuka berperingkat mulai 2024


Projek lebuh raya East Klang Valley Expressway (EKVE)
Projek lebuh raya East Klang Valley Expressway (EKVE) dijangka siap dan dibuka secara berperingkat mulai tahun depan.

Projek lebuh raya East Klang Valley Expressway (EKVE)

KUALA LUMPUR: Projek lebuh raya East Klang Valley Expressway (EKVE) dijangka siap dan dibuka secara berperingkat mulai tahun depan.


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata projek itu sehingga kini telah siap sebanyak 91 peratus dan terhenti seketika pembinaan di tapak akibat isu kenaikan kos pembinaan.


Berikutan itu, katanya syarikat konsesi perlu mendapatkan dana kewangan tambahan bagi menanggung peningkatan kos yang terbabit dan ia telah pun diselesaikan dengan pihak bank.


"Kerja-kerja pembinaan lebuhraya dijangkakan bersambung semula pada pertengahan Februari 2023 selepas isu-isu kontraktual diselesaikan," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.


Syahredzan Johan (PH-Bangi) meminta Menteri Kerja Raya menyatakan status pembinaan serta tarikh jangka siap dan pembukaan bagi lebuh raya EKVE.


Beliau turut meminta menteri menjelaskan senarai kes banjir kilat, banjir lumpur, hakisan tanah, pencemaran dan sebagainya yang dikenal pasti berpunca daripada kerja-kerja pembinaan EKVE bersama tindakan yang diambil.


Mengulas isu banjir, Alexander berkata berdasarkan rekod, kejadian luar jangka semakin berkurangan dan terkini pada tahun lalu, ia hanya membabitkan tiga kejadian limpahan air yang berlaku di kawasan localise sahaja iaitu di Sierra Ukay.


"Pemantauan kerap juga akan dilaksanakan secara berterusan di sepanjang jajaran EKVE terutamanya di kawasan-kawasan hotspot yang dikenal pasti bagi memastikan keselamatan dan pelan mitigasi dapat diaktifkan segera sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan," katanya.


Sumber: Berita Harian


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page