top of page

Projek ekopelancongan ancam hutan, keselamatan penduduk


Projek ekopelancongan ancam hutan, keselamatan penduduk
KAWASAN bukit yang sudah dibersihkan untuk projek ekopelancongan di Cameron Highlands. - UTUSAN/IHSAN REACH

Projek ekopelancongan ancam hutan, keselamatan penduduk

CAMERON HIGHLANDS: Persa­tuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) menyuarakan kebimbangan terhadap pembangunan projek ekopelancongan di sebuah kawasan bukit di pekan Tringkap di sini yang bukan sahaja menjejaskan hutan tetapi mengancam keselamatan penduduk.


Presiden Reach, A. Dilip Martin berkata, pihaknya hairan bagaimana projek tersebut boleh diluluskan kerana pembangunan di atas bukit itu terletak terlalu hampir dengan rumah penduduk.


Pihaknya bimbang jika projek itu terus dilaksanakan, kemungkinan boleh menyebabkan bencana tanah runtuh dan banjir.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

“Kami kesal kerana walaupun ada bantahan, projek berkenaan diteruskan malah kawasan itu sudah dibersihkan.


“Jika kerja-kerja menolak tanah dilakukan, kemungkinan berlakunya tanah runtuh dan banjir di pekan Tringkap.


“Apakah agensi kerajaan tidak peka terhadap keselamatan penduduk Tringkap? Adakah kerajaan hanya akan bertindak apabila berlakunya bencana alam?” Soalnya ketika ditemui Utusan Malaysia


Katanya, dalam Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands (RTDCH), kawasan yang diluluskan untuk pelancongan itu adalah kawasan hutan dan Kelas 1, yang tidak boleh dilaksanakan pembangunan.


Katanya, pihak yang berkenaan harus meneliti tanah yang terletak dalam kawasan hutan itu yang mana tahap ketinggian Kelas 1 mengikut RTDCH.


“Persoalannya bagaimana EIA (penilaian impak alam sekitar) mendapat kelulusan di kawasan lebih 90 darjah ketinggian?


“Juga bagaimana laporan EIA diluluskan tanpa mengambil pendapat dan ulasan penduduk pekan Tringkap? Adakah kajian terperinci dijalankan dan telah mendapat kelulusan semua jabatan teknikal?” Soalnya.


Sumber: Utusan


Projek ekopelancongan ancam hutan, keselamatan penduduk

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page