Projek Aliran Transit Automasi (ART) Johor akan dilaksanakan suku ketiga 2025, menyokong pengoperasian RTS Link Johor Bahru - Singapura menjelang 2027, kurangkan kesesakkan
- Ridhwanisme
- 2 days ago
- 1 min read

Perjanjian Strategik Pelbagai Negara
Johor memeterai kerjasama strategik dengan syarikat dari Malaysia, China dan Jepun.
Fokus kepada pelaburan dan pemindahan teknologi dalam pengangkutan pintar dan tenaga boleh diperbaharui.
Projek Aliran Transit Automasi (ART) Tenaga Hijau
Projek ini akan dilaksanakan suku ketiga 2025.
Menyokong pengoperasian RTS Link Johor Bahru–Singapura menjelang 2027.
Dijangka mengurangkan kesesakan dan mempercepatkan peralihan ke arah mobiliti rendah karbon.
Pembangunan Infrastruktur EV
Disasarkan 1,245 stesen pengecas EV di seluruh Johor menjelang 2030.
Menjadi tonggak kepada pelaksanaan Polisi Pengangkutan Hijau Negeri Johor.
Ladang Tenaga Solar Baharu
Johor sedang mengenal pasti lokasi untuk ladang solar.
Sokong pelaksanaan inisiatif Johor Green Deal yang memacu penggunaan tenaga boleh diperbaharui.
Komitmen Kerajaan Negeri
Kehadiran EXCO negeri dalam acara Asia EV Motion 2025 menunjukkan komitmen tinggi Johor dalam mendorong teknologi hijau.
Comments