top of page

PROGRAM KOLABORASI DENGAN PLUS MALAYSIABERHAD, KONTRAKTOR TEROKAI PELUANG MENJADI VENDOR PLUS MALAYSIA BERHAD


CIDB Malaysia

JOHOR BAHRU (27 MEI 2024) - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Malaysia (CIDB) melalui Pejabat CIDB Negeri Johor pada hari ini telah menganjurkan Program Vendor dengan kerjasama Syarikat PLUS Malaysia Berhad. Program ini merupakan satu platform kepada kontraktor menerokai peluang untuk menjadi vendor PLUS Malaysia Berhad.


Program ini telah dihadiri ole 100 syarikat kontraktor daripada pelbagai gred dan kategori.


Objektif penganjuran Program Vendor in adalah sebagai medium penyampaian maklumat berkaitan projek pembinaan yang ditawarkan ole Syarikat PLUS Malaysia Berhad kepada kontraktor. Selain itu, program ini adalah langkah pro-aktif untuk menjalinkan usahasama dan rang kerjasama di antara agensi kerajaan dan swasta bagi memperluaskan penglibatan kontraktor dalam projek-projek swasta dan tidak hanya tertumpu kepada projek kerajaan sahaja.


Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah CIDB Neger Johor, Sr Ahmad Farrin Bin Mokhtar dan turt dihadiri oleh Pengurus Besar Kanan PLUS Malaysia Berhad, Sr Azita Binti Mohamed Tahir dan Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Negeri Johor, Puan Suhada Binti Aman.


Dalam ucapan perasmian tersebut, Pengarah CIDB Negeri Johor, Sr Ahmad Farrin Bin Mokhtar berkata, program kolaborasi in adalah sebahagian dari komitmen CIDB untuk membangunkan kontraktor serta membuka peluang kepada para kontraktor menceburi peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan. Selain itu, program kolaborasi in dapat memberi manaat serta membuka minda para kontraktor dalam usaha untuk meningkat dan mengembangkan penglibatan kontraktor kecil dan sederhana dalam projek-projek pembinaan terutamanya di bawah sektor swasta.


Selain pihak PLUS Malaysia Berhad, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Negeri Johor turt sama berganding bah dalam menjayakan program in dengan memberikan taklimat berkenaan Promosi Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) dan sesi perkongsian perniagaan ole beberapa Vendor Binaan Bumiputera yang berjaya.


Untuk maklumat lanjut sila layari www.cidb.gov.my.



31 views

コメント


bottom of page