top of page

PRASARANA pandang serius dakwaan rasuah projek MRT, LRT


Gambar hiasan: MRT

KUALA LUMPUR: Syarikat pengoperasi pengangkutan awam, Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) memandang serius laporan media yang memetik sumber dan mendakwa ada elemen pemberian rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam.


Prasarana dalam kenyataannya hari ini, memaklumkan projek terlibat membabitkan Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).


"Prasarana tidak berkompromi dengan apa jua bentuk gejala rasuah dalam semua urusannya.


"Pihak kami akan mengikuti rapat perkembangan kes dan berhubung dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan gambaran yang tepat sebelum mengambil langkah susulan," menurut kenyataan itu.


Dalam pada itu, Prasarana turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara berkenaan.


Sumber: Berita Harian

 
 
 

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page