top of page

PMVSB tambah baik ruang awam Merdeka 118


PMVSB tambah baik ruang awam Merdeka 118
Ahmad Zulqarnain Onn, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis pelancaran Program Peningkatan Alam Awam Merdeka 118 di Perumahan Awam (PA) Jalan Hang Tuah.

PMVSB tambah baik ruang awam Merdeka 118

KUALA LUMPUR: PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), baru-baru ini mengumumkan kejayaan menyempurnakan Program Penambahbaikan Ruang Awam Merdeka 118 di Perumahan Awam (PA) Jalan Hang Tuah.


Ia sebahagian komitmen untuk memupuk sinergi antara komuniti kejiranan dan pembangunan menara ikonik Merdeka 118.


Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, melalui kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga rakan kongsinya Think City Sdn Bhd, program Penambahbaikan Ruang Awam Merdeka 118 bertujuan untuk menyediakan ruang awam yang lebih selesa untuk kegunaan ramai melalui pelbagai penambahbaikan bernilai hampir RM800,000, di taman riadah serba guna PA Jalan Hang Tuah.


Katanya, taman seluas 1,206 kaki persegi ini terletak 400 meter atau 7 minit berjalan kaki dari presint Merdeka 118, menjadikannya sebahagian daripada kejiranan berkenaan.


Berucap pada pelancaran taman riadah serba guna PA Jalan Hang Tuah, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata: "Sebagai tetangga baharu di presint Merdeka 118, kami mengutamakan kesejahteraan serta keselamatan komuniti setempat.


"Kami fokus untuk mewujudkan persekitaran yang berkembang maju dan memberi manfaat kepada semua. Usaha kami untuk menyediakan ruang yang selamat dan selesa untuk aktiviti riadah, rekreasi dan interaksi sosial akan memberi faedah kepada lebih 800 penduduk.


"Kami teruja untuk menyaksikan impak positif insiatif ini dan berharap dapat menerajui program yang seumpamanya di kawasan kejiranan berhampiran di masa hadapan."


Tambah beliau, penambahbaikan utama merangkumi pelbagai aspek taman itu, dengan memberi penekanan kepada aspek berkaitan keselamatan, kebersihan dan peralatan fasiliti yang kurang digunakan.


Inisiatif bercirikan kelestarian juga disepadukan di dalam projek itu, termasuklah mengitar semula pagar dan peralatan taman permainan lama, mengguna semula penurap jalan serta menaik taraf taman komuniti.


Penyelesaian berasaskan alami turut dilaksanakan menggunakan penurap berliang untuk saliran semula jadi, manakala bumbung Tetra Pak digunakan semula untuk mengurangkan haba dan bunyi. Selain itu, pokok-pokok yang berisiko tinggi yang telah ditebang oleh DBKL telah digantikan, bagi memastikan ekosistem taman itu kekal utuh.


Sumber: Berita Harian


PMVSB tambah baik ruang awam Merdeka 118


Comments


bottom of page