top of page

PKNS sasar jualan RM1 bilion tahun depan


PKNS sasar jualan RM1 bilion tahun depan
Md Kamarzan (dua dari kanan) melawat ruang pameran perumahan PKNS pada Majlis Pelancaran Discovery PKNS @ Selangor Cyber Valley - Foto BERNAMA

PKNS sasar jualan RM1 bilion tahun depan

BANGI: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan untuk mencapai jumlah jualan RM1 bilion tahun depan bagi projek perumahan dan perindustrian.


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Hartanah) PKNS, Md Kamarzan Md Rais, berkata sasaran itu dapat dicapai menerusi 15 projek di lima kawasan iaitu Selangor Cyber Valley di Cyberjaya, Antara Gapi di Serendah, Kota Puteri di Rawang, Bandar Sierra Alam di Shah Alam dan Kawasan Perindustrian Kota Kemuning.


"Tahun ini, PKNS sasar RM1 bilion tetapi disebabkan ekonomi perlahan, setakat ini kita hanya capai jualan sebanyak RM600 juta.


"Harap ekonomi tahun depan bertambah baik dan kita dapat lancarkan projek-projek seperti yang telah dirancang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Discover PKNS@Selangor Cyber Valley di Bangi.


PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1965 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964 yang berperanan sebagai agensi pembangunan perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.


Md Kamarzan berkata, PKNS giat menganjurkan aktiviti promosi melalui program Discover PKNS sebagai satu daripada kaedah promosi bagi menarik perhatian umum mengenai projek-projek yang dibangunkan perbadanan itu.


Katanya, antara aktiviti menarik pada program itu adalah pameran hartanah dan konsultasi percuma berkaitan pinjaman perumahan.


"Ada juga rerurai Samsung yang merupakan rakan strategik kita. Jadi, mana-mana pembeli rumah PKNS akan dapat potongan harga bagi pembelian barangan elektronik keluaran Samsung," katanya.


Program Discover PKNS@Selangor Cyber Valley diadakan selama dua hari bermula Jumaat lalu di perkarangan Kompleks PKNS Bangi.


Selangor Cyber Valley, Cyberjaya terletak di lokasi strategik antara Cyberjaya, Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Klia2.


Sementara itu, Ridzuan Abdullah, 35, berkata penganjuran Discover PKNS memberi peluang untuk mengetahui mengenai pelbagai pakej ditawarkan PKNS serta projek perumahan yang sedang dan akan dibangunkan.


"Sesi konsultasi percuma yang saya dengar tadi benar-benar membantu kerana saya sedang merancang untuk beli rumah buat kali pertama," katanya.


Sumber: Berita Harian


PKNS sasar jualan RM1 bilion tahun depan


Comments


bottom of page