top of page

PKMM Johor dakwa syarikat konsensi tindas kontraktor kecil


PKMM Johor dakwa syarikat konsensi tindas kontraktor kecil.
Gambar hiasan: Banyak kontraktor kecil tidak dapat projek yang ditawarkan kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) disebabkan beberapa faktor.

PKMM Johor dakwa syarikat konsensi tindas kontraktor kecil.

JOHOR BAHRU: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Johor mendakwa pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri dan Persekutuan yang diberikan kepada syarikat konsensi banyak menimbulkan masalah dengan ‘memerah’ dan menindas kontraktor kecil.


Yang Dipertuanya, Ir. Mahmood Amir berkata, banyak kontraktor kecil tidak dapat projek yang ditawarkan kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) disebabkan beberapa faktor.


“Harga yang syarikat konsesi tawarkan murah, sepatutnya harga yang ditawarkan perlulah setara dengan harga yang ditawarkan agensi kerajaan.


“Tempoh bayaran yang lambat melebihi enam bulan. Bayaran dari syarikat konsesi sepatutnya tidak secara ‘back-to-back’. Harga yang ditawarkan tidak selaras dengan harga pasaran, sepatutnya sama dengan harga dalam pasaran.


“Begitu juga keputusan penyeliaan tidak selaras dengan keputusan pegawai atasan menyebabkan kerugian kepada kontraktor kecil. ini termasuk konsesi membenarkan penggunaan jentera daripada panel mereka sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Katanya, kontraktor juga terpaksa bersaing menawarkan harga terendah dan lebih malang turut melibatkan kontraktor dari luar Johor.


“Harga semasa yang diberikan adalah mengikut harga pasaran minyak, namun begitu apabila berlaku kejatuhan harga, kadar harga yang diperoleh daripada syarikat konsesi adalah rendah sedangkan syarikat konsesi mendapat kadar harga penuh daripada kerajaan,” katanya.


Beliau turut mendakwa, syarikat konsesi menubuhkan anak-anak syarikat dan kroni atau syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan pihak pengurusan mereka yang dilantik sebagai kontraktor pelaksana.


“Matlamat syarikat konsesi untuk pembangunan serta membimbing kontraktor-kontraktor Bumiputera digagalkan syarikat konsesi sendiri disebabkan ketamakan dan kerakusan mengaut keuntungan yang lebih, sedangkan kontraktor yang melaksanakan kerja diberi bayaran lambat antara enam sehingga 12 bulan.


“Selain itu, pihak pembekal mengenakan faedah dua sehingga tiga peratus dan jika menggunakan bayaran daripada agensi juga akan dikenakan faedah kira-kira dua peratus,” katanya.


Sumber: Utusan


PKMM Johor dakwa syarikat konsensi tindas kontraktor kecil.

Comments


bottom of page