KUALA LUMPUR: Pesona Metro Holdings Bhd memenangi kontrak bernilai RM180.84 juta untuk melaksanakan kerja-kerja subkontrak pembinaan ibu pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di Damansara Damai, Petaling Jaya.
Ini adalah kontrak keempat yang dimenangi kumpulan pembinaan itu tahun ini.
Anak syarikat milik penuhnya, Pesona Metro Sdn Bhd menerima kerja-kerja subkontrak itu dariada kontraktor utama, MRCB Builders Sdn Bhd bagi melaksana dan menyiapkan kerja-kerja bangunan utama.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Pesona Metro berkata projek dengan tempoh masa 18 bulan dari tarikh pemerolehan tapak itu dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan dan aset bersih kumpulan.
Pesona Metro mencatatkan keuntungan bersih RM1.42 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2023 selepas merekodkan kerugian tiga suku tahunan berturut-turut.
Sumber: Berita Harian
Pesona Metro dapat subkontrak RM180.84 juta bina ibu pejabat FINAS
Kommentare