
Pelaksanaan Berfasa Bermula 24 Februari - 10 Disember 2025
Projek melibatkan laluan FT29/FT32 hingga FT27.
Fasa pertama: Laluan dari Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) ke KLIA melibatkan penutupan satu lorong kanan di kedua-dua arah.
Pengguna dari BBST ke Kota Warisan perlu melalui laluan alternatif di persimpangan lampu isyarat berhampiran IPD Sepang.
Pengguna dari Putrajaya & Kota Warisan ke KLIA perlu menggunakan persimpangan tol Bandar Serenia.
Fasa Dua Hingga Empat Melibatkan Kerja-Kerja Tambahan
Penutupan sepenuhnya laluan membelok ke kanan di persimpangan Kiwa.
Laluan terjejas: Kota Warisan & Putrajaya ke KLIA, serta BBST ke Kota Warisan.
Langkah-Langkah Keselamatan & Pengurusan Trafik
Pelan Pengurusan Trafik (TMP) disediakan oleh JKR.
Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) diaktifkan sepanjang tempoh pembinaan.
Pengguna dinasihatkan mematuhi papan tanda keselamatan & arahan pihak berkuasa.
Matlamat Projek: Meningkatkan Rangkaian Jalan Raya & Atasi Banjir
Menghubungkan KLIA T1, KLIA T2, BBST dengan Putrajaya, Cyberjaya & Puchong.
Skop utama:
Membina jalan baharu berkembar empat lorong sepanjang 1.2 km.
Menaik taraf persimpangan lampu isyarat FT27 & FT29/FT32.
Menyiapkan jambatan merentasi Sungai Labu.
Penyiasatan terhadap struktur 'pier' & 'pile embarkment'.
Fokus JKR: Infrastruktur Lebih Baik & Keselamatan Pengguna
Projek ini dijalankan berdasarkan aduan & perbincangan berkaitan isu banjir.
JKR komited memastikan pembangunan infrastruktur yang berkualiti untuk kesejahteraan rakyat.
Sumber: Harian Metro
Comments