KUALA LUMPUR 4 April - Laluan di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor akan dilencongkan sementara kerja-kerja pemasangan tetopi tiang sambut (pier cap) bagi projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) mulai 9 April hingga 14 Mei ini.
Malaysian Resources Corporation Bhd. George Kent Bhd. (MRCBGK) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya akan menjalankan kerja-kerja pemasangan itu pada setiap hari dari pukul 10 malam hingga 5 pagi.
“Laluan paling kanan di kedua-dua laluan menghala Persiaran Tengku Ampuan Rahimah akan ditutup sementara dari Bulatan Simpang Lima hingga ke Pusat Dialisis Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) yang menghala ke Banting.
“Jalan menghala ke Klang pula ditutup dari bengkel Daya Kang hingga Bulatan Simpang Lima,” katanya.
MRCBGK berkata, laluan itu akan dibuka semula kepada pengguna pada waktu siang dan orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan lencongan yang telah ditetapkan.
Maklumat lanjut boleh terus menghubungi Hotline LRT3 di talian 1-800-18-2585.
Sumber: Utusan Online
Comments