top of page

Penurunan kuasa laksana projek kecil bantu kelancaran tugas JKR


Penurunan kuasa laksana projek kecil bantu kelancaran tugas JKR
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Penurunan kuasa laksana projek kecil bantu kelancaran tugas JKR

KUALA LUMPUR: Arahan supaya projek infrastruktur kecil seperti baik pulih sekolah dan klinik daif dipindahkan kepada jabatan lain atau pejabat daerah, dilihat langkah baik membantu kelancaran tugas Jabatan Kerja Raya (JKR).


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata langkah itu membolehkan JKR memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek yang lebih kompleks.


"Cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu peluang diberi kepada jabatan lain termasuk pejabat daerah melaksanakan sendiri projek infrastruktur kecil seperti membaiki kerosakan kecil pada sekolah, klinik, parit kecil dan pembaikan pagar yang tidak membabitkan aspek teknikal yang kompleks serta aspek keselamatan pembinaan.


"Ini sejajar Arahan Perbendaharaan 182, di mana kementerian/jabatan/agensi (KJA) boleh melaksanakan sendiri kerja penyenggaraan membaiki kerosakan kecil yang tidak membabitkan struktur bangunan atau kerja elektrik yang bernilai tidak melebihi RM200,000 dengan mematuhi semua peraturan yang berkuat kuasa," katanya.


Nanta Linggi berkata, langkah itu mampu mengurangkan beban JKR, sekali gus memberi ruang kepada jabatan itu memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek infrastruktur kompleks seperti pembinaan bangunan hospital, sekolah, jambatan besar, pelabuhan, lebuh raya dan sebagainya.


Beliau berharap projek-projek yang diberikan pelepasan dapat dilaksanakan dengan lancar mengikut amalan terbaik kejuruteraan dan peraturan-peraturan semasa yang berkuat kuasa demi kepentingan rakyat.


Sumber: Berita Harian


Penurunan kuasa laksana projek kecil bantu kelancaran tugas JKR


Komentarze


bottom of page