top of page

Pengguna Air Selangor marah bil naik tak munasabah


Gambar Air Selangor

SELAIN marah harga barang keperluan naik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, perasaan meluap-luap juga terbuku dalam hati pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Melihat komen-komen yang dipaparkan dalam Facebook Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd sejak seminggu lalu, perkara itu rasanya cukup serius dan perlu diatasi segera.


Kata seorang pengguna: “Sebelum ni bil RM6 hingga RM11 saja... sekali dapat mesej dan check kat App air Selangor RM256.86. Walhal PKP siang kosong semua kerja... tengok meter tak ada pula jalan laju... aniaya sungguh.”

Seorang lagi pengguna pula merungut: “Mula-mula saya ingat paip rumah bocor... biasa bil bulanan lebih kurang RM40/bulan. Bila bulan Mei terkejut beruk tengok bil sampai RM300! Giler bapak melampau... siap panggil dua kontraktor check tengok ingat paip bocor/pecah...mana nak cekau sampai RM300 nak bayar?”


Pada 20 Mei lalu, syarikat air itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak membuat bacaan meter sepanjang PKP tetapi mengeluarkan bil anggaran sahaja.


Namun, penjelasan berkenaan tidak sedikit pun dapat menyelesaikan soalan pengguna: Mengapa bil air boleh naik terlalu tinggi sehingga tiga hingga empat kali ganda? Apakah logiknya bil air boleh mencecah sampai ratusan ringgit bagi sebuah keluarga yang biasa purata penggunaannya lebih kurang RM40 sebulan sahaja?


Terbaharu, Air Selangor memaklumkan pengguna yang mendapati bil yang dikeluarkan sebelum ini terlebih caj dan pembayaran telah dibuat ke atas bil tersebut, maka jumlah terlebih bayar tersebut akan direkodkan dalam akaun pelanggan.


Masalahnya, pengguna mana ada duit untuk bayar bil ratusan ringgit itu? Sepatutnya Air Selangor buat penyelasaran baharu dan caj mengikut jumlah penggunaan air yang sepatutnya.


Sumber: Sinar Harian


64 views

コメント


bottom of page