top of page

Penduduk keluar modal baiki jambatan: JKR Sabah perlu pantau projek



Pihak berwajib di bawah Kerajaan Negeri dan Persekutuan digesa memantau pelaksanaan projek jambatan yang gagal dimulakan pembinaannya di simpang masuk ke Pekan Daerah Nabawan, Pensiangan, Sabah.


Ketua Cabang KEADILAN Pensiangan, Raymond Ahuar berkata, pihak beliau baru baru ini telah menerima berita bahawa penduduk setempat di kawasan berkenaan terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membeli kayu dan alatan bagi membaiki jambatan tersebut.


Sedangkan, katanya, syarikat kontraktor telah dilantik oleh Kerajaan Persekutuan bagi membina sebuah jambatan baharu.


"Syarikat kontraktor sudah dilantik dan sepatutnya memulakan kerja pembinaan pada 25 Mac lalu dan siap pada 25 September tahun depan seperti tertera pada papan tanda yang didirikan.


"Saya mohon pihak berwajib mengambil tindakan tegas dalam perkara ini.


"Ketua Jabatan atau pengawas projek yang terlibat dengan projek berkenaan perlu dikaji semula kedudukannya supaya semua projek di bawah Kerajaan MADANI dapat dilaksanakkan mengikut masa yang ditetapkan," kata beliau dalam satu kenyataan.


Raymond yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah memaklumkan, dianggarkan sebanyak RM2.7 juta peruntukan telah diluluskan oleh Kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri untuk pembinaan jambatan baharu itu.


Comments


bottom of page