top of page

Penduduk gesa projek LTU siap ikut jadual


Kesesakan lalu lintas di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis semasa musim perayaan
Kesesakan lalu lintas di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis selepas sambutan Aidilfitri - FOTO Paya Linda Yahya

Berita terkini industri pembinaan Malaysia

Gua Musang: Pengguna Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, di sini, menggesa Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) bagi pakej 3BC dan 3D disiapkan segera kerana masalah kesesakan lalu lintas terutama pada musim perayaan.


Malah, laluan antara Bulatan Gua Musang sehingga ke sebuah stesen minyak di Persiaran Raya kerap berlaku kesesakan kerana terbabit dalam pembinaan projek itu.


Penyelaras Parlimen Gua Musang, Asharun Uji, berkata, pihaknya juga sering menerima aduan awam mengenai isu jalan terbabit yang rosak dan sesak ketika musim perayaan.


Menurutnya, pembinaan projek terbabit diharapkan mampu disiapkan dengan segera kerana yakin boleh memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi di daerah ini.


"Saya menaruh keyakinan yang tinggi bahawa LTU ini akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan dan mempercepatkan aliran trafik terutama musim perayaan.


"Projek ini juga bakal memacu dan merancakkan lagi ekonomi penduduk Gua Musang.


"Saya berharap kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya (KKR) dapat memastikan gerak kerja berjalan lancar agar LTU ini disiapkan mengikut jadual," katanya.


Sementara itu, penduduk Sulaiman Mustafa, 42, berkata jalan terbabit menjadi laluan utama mereka selain perantau yang ingin pulang ke Kelantan.


Menurutnya, apabila tiba musim perayaan, jalan itu akan sibuk dan berlaku kesesakan yang teruk.


"Contohnya kita tengok selepas Aidilfitri lalu, apabila perantau mula pulang ke Kuala Lumpur, laluan terbabit mengalami kesesakan yang teruk sehingga beberapa kilometer.


"Projek ini sudah berjalan beberapa tahun dan saya harap dapat disiapkan seperti yang dijadualkan," katanya.


Sumber: Harian Metro


Penduduk gesa projek LTU siap ikut jadual

EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page