top of page

Pemilik tanah Flat Kampung Sungai Baru bakal terima rumah ganti dari pemaju


Foto: BERNAMA

PEMILIK hartanah yang terlibat dalam usaha sama dengan pemaju akan menerima rumah ganti yang akan dibina di Kampung Sungai Baru.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata bagi pemilik yang tanahnya diambil alih, mereka perlu membeli hartanah jika ingin kembali menetap di kawasan tersebut.


“Pihak pemaju telah memulakan prosiding undang-undang untuk mendapatkan Perintah Milikan Kosong bagi unit-unit yang masih dihuni.


“Sehingga kini, 22 unit masih diduduki daripada 328 unit keseluruhan. Setelah pampasan dibayar dan notis dikeluarkan, pemilik tidak lagi mempunyai hak ke atas hartanah tersebut, dan penamatan Skim Strata bagi blok-blok flat juga telah diperolehi melalui perintah mahkamah,”katanya ketika berucap semasa sesi Penggulungan Belanjawan 2025 Peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) di parlimen hari ini.


Sementara itu, mengenai status Kampung Sungai Baru dan Kawasan Malay Agricultural Settlement (MAS), Zaliha menjelaskan bahawa Kampung Sungai Baru tidak termasuk dalam kawasan MAS, yang merupakan kawasan yang dikhaskan khusus untuk orang Melayu di bawah Akta Penempatan Pertanian Melayu.


“Oleh kerana tidak berada dalam kawasan MAS, Kampung Sungai Baru tidak tertakluk kepada peraturan khas MAS yang melindungi hak pemilikan tanah orangMelayu.


“Status ini memberikan kebebasan tertentu dalam perancangan pembangunan, namun pihak kerajaan komited untuk memastikan proses pembangunan dan pengambilan tanah tetap mempertimbangkan kepentingan penduduk serta nilai kebudayaan setempat,”katanya.


Sumber: Wilayah Ku

Kommentare


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page