top of page

Pembinaan terowong laluan CRL bawah Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah bermula 2023


Pembinaan terowong laluan CRL bawah Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah bermula 2023
(Gambar: iStock/Yusof Noor)

SINGAPURA: Pembinaan terowong sepanjang 5 kilometer bagi Fasa 2 laluan MRT Rentas Pulau (CRL) akan bermula tahun depan.


Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (5 Dis).


Sebahagian daripada terowong tersebut, yang dirancang dibina di antara stesen Turf City dan Bright Hill, akan melalui di bawah Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah, pada kedalaman sekitar 70 meter.


Ia lebih dalam daripada biasa iaitu sekitar 20 meter hingga 30 meter.


"Sebelum ini, LTA menjalankan Penilaian Kesan Sekitaran secara menyeluruh dan melaksanakan semua langkah yang perlu, sepertimana yang digariskan dalam Pelan Pengurusan dan Pemantauan Sekitaran," kata agensi itu.


"LTA dan kontraktor juga akan terus mendampingi pihak-pihak berkepentingan termasuk kumpulan alam semula jadi semasa kerja-kerja binaan dijalankan."


Pembinaan stesen pertukaran Punggol di bawah lanjutan CRL Punggol juga akan bermula tahun depan, selepas kontrak bernilai S$496 juta bagi reka bentuk dan pembinaannya diberikan kepada Woh Hup.


Laluan CRL adalah laluan kelapan MRT di Singapura dan laluan terpanjang yang terletak di bawah tanah.


Laluan sepanjang lebih 50 kilometer itu, akan dibina dalam tiga fasa.


Fasa pertama laluan tersebut yang diumumkan pada 2019, merangkumi 12 stesen dari Bright Hill di kawasan Sin Ming sehingga Aviation Park, di bahagian timur Singapura. Ia merentasi kawasan seperti Ang Mo Kio, Serangoon North, Defu, Tampines North dan Loyang.


Fasa kedua pula akan mengurangkan masa perjalanan bagi penumpang di sebelah barat Singapura, dengan enam stesen antara Turf City dan daerah Tasik Jurong.


Kajian kejuruteraan sedang dijalankan bagi Fasa ketiga buat masa ini, dengan perincian lanjut diumumkan pada satu tarikh kelak.


Punggol Extension, pula merangkumi empat stesen MRT di antara Pasir Ris dan Punggol.


Sumber: Mediacorp.sg


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page