top of page

Pembinaan MICT Perlu Disegerakan


Pembinaan Terminal Kapal Persiaran Antarabangsa Melaka (MICT) merupakan sebahagian projek bernilai RM42 bilion rancangan Melaka Gateway. (Gambar Bernama)

BANDARAYA MELAKA 4 November – Pembinaan Terminal Kapal Persiaran Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka bakal membuka potensi lebih besar bagi sektor pelancongan negeri ini.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kemudahan itu mampu menarik kedatangan pelancong khusus dalam kalangan penumpang kapal persiaran berlabuh di Selat Melaka.


Beikutan itu beliau berharap Kerajaan Negeri dapat menyegerakan pembinaan MICT, sekali gus mewujudkan terminal khusus untuk kapal persiaran di Melaka.


“Selat Melaka mempunyai potensi besar, bukan sahaja sebagai laluan dan persinggahan kapal kargo, kita mahu meneroka potensi baharu membabitkan kapal persiaran yang membawa pelancong dari serata dunia.


“Setakat ini, pelancong masuk ke Melaka menggunakan laluan darat dan udara, jadi apabila wujudnya MITC akan menambah satu lagi pintu masuk yang akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi khususnya sektor pelancongan,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa 1st Melaka International Maritime Conference (MIMEC2024) yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di sebuah hotel di Bandaraya Melaka, di sini, hari ini.


Comments


bottom of page