top of page

Pembinaan jambatan ganti jambatan Bailey di Selancar mula tahun depan


Pembinaan jambatan ganti jambatan Bailey di Selancar mula tahun depan
Pembinaan jambatan Bailey sepanjang 42.67 meter itu dilaksanakan JKR dengan kerjasama ATM pada Mac lalu. - Gambar fail/ Bernama

Pembinaan jambatan ganti jambatan Bailey di Selancar mula tahun depan

KUANTAN: Pembinaan jambatan Selancar bagi menggantikan jambatan Bailey di jalan masuk utama ke Felda Selancar dan Perwira Jaya di Rompin dekat sini, yang runtuh pada 1 Mac lepas akibat limpahan air deras, akan bermula tahun hadapan.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata projek itu baru diluluskan Kementerian Ekonomi kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) di bawah Program Gantian Jambatan, Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).


"Projek ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan proses pelantikan kerja ukur dan penyiasatan tanah terlebih dahulu bagi penyediaan reka bentuk sebelum proses tender dan pembinaan dilaksanakan," katanya.Mohammad Fakhruddin berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, bagi menjawab soalan Nazri Ahmad (PN-Bukit Ibam) yang ingin tahu bila pembinaan jambatan itu akan bermula.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa melawat lokasi jambatan runtuh itu mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menyediakan peruntukan segera bagi pembinaan jambatan Bailey.


Pembinaan jambatan Bailey sepanjang 42.67 meter itu dilaksanakan JKR dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan 80 petugas, selepas komponen jambatan dipindahkan ke lokasi dari JKR Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan JKR Daerah Petaling, Selangor.


Pada 7 Mac lepas, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan jambatan Bailey itu dibuka secara satu lorong kepada semua jenis kenderaan ringan dengan had muatan kenderaan 40 tan dan had kelajuan 30 kilometer per jam sahaja.


Sumber: Astro Awani


Pembinaan jambatan ganti jambatan Bailey di Selancar mula tahun depan

Comments


bottom of page