top of page

Pembinaan jalan di CIQ serudong hubungkan Kalabakan dengan Kalimantan, Indonesia


Pembinaan jalan di CIQ serudong hubungkan Kalabakan dengan Kalimantan, Indonesia
Gambar hiasan

Pembinaan jalan di CIQ serudong hubungkan Kalabakan dengan Kalimantan, Indonesia

Tawau: Kemudahan jalan raya untuk Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Serudong di Kalabakan kini dalam pembinaan serta hampir siap, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya.


Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata, ia adalah fasa pertama dalam langkah penting bagi menghubungkan jalan raya sempadan di Kalabakan, Sabah dengan Kalimantan, Indonesia.


"Fasa pertama itu membabitkan pembinaan jalan konkrit, melakukan pembersihan tapak dan juga sistem perparitan. Kita sedang menanti fasa kedua," katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Harapan Rakyat Sabah di sini hari ini.


Bagaimanapun, beliau kini menunggu laporan terperinci jalan terbabit termasuk yang sedang dibina.


Sebelum ini, Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryadi Bandy meminta kerajaan menyegerakan pembinaan CIQ Serudong termasuk kemudahan jalan raya susulan pembangunan Kalimantan Timur sebagai ibu negara baharu Indonesia.


Sumber: Harian Metro


Pembinaan jalan di CIQ serudong hubungkan Kalabakan dengan Kalimantan, Indonesia

Comentários


bottom of page