LIPIS 21 Jan. - Sebanyak 240 pembeli Projek Rumah Generasi Kedua Felda Sungai Koyan 2 terpaksa menunggu lebih lima tahun bagi mendapatkan Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF).
Apa yang menyedihkan, ada pembeli yang sudah meninggal dunia dan tidak sempat untuk menduduki rumah yang sehingga kini meninggalkan seribu satu persoalan tentang statusnya.
Bagi Rosli Salim, 64, berkata, dia membeli rumah tersebut kira-kira lima tahun lalu dengan harga RM 120,000 menerusi pinjaman Felda.
Namun malangnya, dia berkata, sehingga kini pelbagai alasan diberikan pemaju termasuk mendapan tanah serta sistem pembentungan tidak berfungsi.
“Sudahlah menunggu terlalu lama, barang pula banyak rosak akibat terlalu lama menunggu.
“Kepada pemaju janganlah buat kami sebegini, kebanyakan daripada kami bukan muda lagi jadi kalau boleh percepatkanlah,” katanya ketika ditemui Utusan di sini hari ini.
Sumber: Utusan
Comments