top of page

Pembeli hartanah Genting Valley terbengkalai terima bayaran balik


Pembeli hartanah Genting Valley terbengkalai terima bayaran balik Berita Harian www.bharian.com.my
Genting Valley yang terbengkalai dimajukan semula sebagai ION Lake Garden.

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, NCT Noble Sdn Bhd (NCT) dan pengurus skim CRS Corporate Services Sdn Bhd (CRS) baru-baru ini mengadakan majlis penyerahan cek bernilai RM1.4 juta untuk pembeli projek Genting Valley Batang Kali fasa dua dan tiga yang terbengkalai.


Menurut NCT Alliance Bhd, pembeli projek terbengkalai yang dikenali sebagai Genting Valley itu menerima ansuran pertama daripada jumlah bayar balik mereka melalui skim pengaturan mengikut Seksyen 366 Akta Syarikat 2016.


NCT Noble adalah anak syarikat milik penuh NCT Alliance.


Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan NCT, Datuk Seri Yap Ngan Choy berkata projek pemulihan ini sudah tentu menunjukkan kelebihan dan keupayaan syarikat dalam segmen ini.


"Kami gembira untuk menyertai projek pemulihan ini dan diberi peluang bagi melakukan perkara yang kami buat terbaik," katanya.


Genting Valley adalah pembangunan kediaman bagi 665 plot banglo mengikut lima fasa (satu, dua, tiga, 2A dan 2B) meliputi kira-kira 82.96 hektar di Mukim Batang Kali, Hulu Selangor.


Projek ini telah dimulakan pada 2000 namun, telah ditinggalkan oleh pemaju terdahulu pada 2004.


Berdasarkan rekod prestasi NCT yang teguh sebagai firma wira dan prestasi kewangan yang kukuh, NCT telah diamanahkan untuk memajukan semula projek ini selepas selesai melaksanakan langkah pernyataan minat pada 5 Ogos 2017.


NCT membuka mengorak laluannya ke peringkat teratas dalam sektor pembangunan hartanah melalui pemulihan pembangunan perumahan terbengkalai mega Malaysia sejak 2010.


Sumber: Berita Harian


8 views

Comments


bottom of page