top of page

Pembaikan Taman Rekreasi di Sibu Jaya Belum Penuhi syarat kontrak



SIBU: Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai (gambar) menegaskan bahawa projek pembaikan di salah satu taman rekreasi di Sibu Jaya masih belum disiapkan sepenuhnya dan belum diserahkan kepada pihak majlis.


Menurut beliau, pasukan jurutera MDLBS telah menjalankan pemeriksaan tapak dan mendapati beberapa kerja belum memenuhi syarat kontrak serta memerlukan pembaikan lanjut.


“Pihak Kejuruteraan MDLBS tidak akan berkompromi dengan kerja yang tidak memenuhi spesifikasi kontrak. 


“Kami akan memastikan semua kerja diselesaikan sepenuhnya sebelum projek diserahkan oleh kontraktor,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Terdahulu, tular sebuah video mendakwa bahawa paku tidak dicabut oleh kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembaikan di taman rekreasi terbabit, sehingga menyebabkan jari kaki seorang pengunjung tercedera.


Sempurai turut mengingatkan penduduk agar tidak memasuki kawasan taman rekreasi berkenaan buat masa ini kerana ia masih dalam proses pembaikan. 


Selain itu, pihak kontraktor akan diarahkan untuk mendirikan papan tanda amaran bagi memastikan keselamatan orang awam.


Katanya, MDLBS sentiasa komited untuk memastikan projek ini disiapkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebelum dibuka kepada penduduk setempat.  


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page