IPOH: Tiga lelaki cedera termasuk seorang parah selepas alat pemadam api yang sedang di isi mereka meletup di sebuah premis di Jalan Hussin Nordin, Taman Pearl di sini, petang ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh menerima panggilan kecemasan pada jam 5.09 petang memaklumkan kejadian dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
"Setibanya jentera bersama anggota di lokasi kejadian, terdapat tiga mangsa mengalami kecederaan akibat terkena serpihan letupan alat pemadam api.
"Seorang daripada mangsa parah selepas bahagian kakinya hampir putus," katanya.
Katanya, anggota bomba memberi rawatan awal kepada mangsa terbabit sebelum diserahkan kepada pihak kesihatan untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi menyelamat tamat pada jam 5.39 petang," katanya.
Sumber: Berita Harian
Comments