top of page

Pelabuhan Negara Kekal Pilihan, Tak Perlu Bimbang Projek CRLB Thailand - Loke


Projek Jambatan Darat Ranong - Chumpon di Thailand. - Grafik BH

Thailand sebelum ini dilapor mengemukakan cadangan projek membina pelabuhan dan jambatan darat bagi mengurangkan masa perkapalan antara Lautan Hindi dan Pasifik dengan mengelak Selat Melaka, laluan laut utama yang sibuk.


Negara jiran itu memberi jaminan cadangan pembinaan pelabuhan dan jambatan darat yang dirancang bagi memintas laluan perkapalan di Selat Melaka, akan turut membabitkan kerjasama Malaysia.


Projek dijangka memendekkan masa perjalanan kira-kira empat hari berbanding laluan di Selat Melaka, selain mampu mengurangkan perbelanjaan perkapalan sebanyak 15 peratus.


Mac lalu, kerajaan dilapor sudah melaksanakan kajian berhubung cadangan pembangunan Jambatan Darat CRLB di Thailand serta potensi impak terhadap negara.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) untuk menentukan hala tuju selanjutnya.


Mengulas kelebihan Malaysia lanjut, Loke berkata pertamanya negara mempunyai kelebihan dari segi kedudukan geografi berikutan kedudukan di tengah-tengah Selat Melaka dan Laut China Selatan, yang terletak di laluan perairan paling sibuk di dunia.


"Kita ada banyak pelabuhan di Selat Melaka dari Johor sampai ke Pulau Pinang dengan tiga pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pulau Pinang, malah ada beberapa pelabuhan yang dirancang pihak swasta.


"Jadi kita tidak perlu terlalu bimbang dengan persaingan negara lain. Sudah tentu akan ada persaingan, namun kita perlu yakin dengan kelebihan (pelabuhan) kita sendiri.


"Apa yang penting kita perlu terus tingkatkan kecekapan pelabuhan negara kerana kita sudah ada kedudukan geografi semulajadi yang memberikan kelebihan kepada pelabuhan-pelabuhan negara," katanya.


Dalam pada itu, beliau yakin pelabuhan negara akan kekal menjadi pilihan kapal antarabangsa berlabuh.


"Di Johor sekarang ini contohnya, menjadi tumpuan pelabur dalam banyak perindustrian yang sudah dan akan melabur di sini terutama pembangunan koridor ekonomi antarabangsa di negeri ini.


"Jadi sudah tentu pelabuhan kita akan mainkan peranan lebih penting," katanya.


Comments


bottom of page