top of page

Pekerja pembinaan maut tertimbus runtuhan tanah


Pekerja pembinaan maut tertimbus runtuhan tanah
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat seorang pekerja warga Indonesia yang tertimbus dalam runtuhan tanah di sebuah tapak pembinaan. FOTO ihsan Bomba

Pekerja pembinaan maut tertimbus runtuhan tanah

Hulu Selangor: Seorang pekerja warga Indonesia meninggal dunia selepas tertimbus dalam runtuhan tanah di sebuah tapak pembinaan dekat Jalan Taman Ros, Serendah, di sini, hari ini.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian, jam 10.31 pagi.


"Dua belas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dan Kuala Kubu Bharu (KKB) dikejarkan ke lokasi kejadian.


"Menurut laporan awal, mangsa yang juga lelaki berusia lingkungan 20-an dipercayai tertimbus pada kedalaman kira-kira tiga meter.


"Runtuhan berlaku semasa pekerja sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di tapak terbabit," katanya pada kenyataan.


Ahmad Mukhlis berkata, mangsa dapat dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Mayat diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro


Pekerja pembinaan maut tertimbus runtuhan tanah


Comentarios


bottom of page