PEKAN, 17 NOVEMBER 2024 : Kerajaan Pahang merancang untuk menjadikan Pekan sebagai sebuah ‘Smart City’ dengan merancakkan lagi pembangunan digital di daerah itu.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, peluang ini akan dapat dimanfaatkan oleh penduduk Pekan untuk sama-sama menikmati kemajuan teknologi.
“Pekan telah diadaptasikan sebagai sebuah perbandaran yang akan dijadikan ‘smart city’ yang telah menerima anugerah sebanyak RM400,000 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Dan kita mengharapkan dengan langkah kerajaan untuk menjadikan Pekan sebagai ‘smart city’ ini dapat kita sama-sama membangunkan lebih rancak lagi orang-orang di Pekan ini.
“Kerajaan negeri juga telah menjalinkan hubungan yang erat dengan pemain-pemain digital peringkat kebangsaan seperti Malaysia Digital Economy Corporation untuk menarik lebih banyak pelaburan-pelaburan dalam sektor ini dan menggalakkan cetusan inovasi dalam kalangan syarikat pemula,” katanya.
Beliau berucap demikian ketika merasmikan Moh Karnival Makmur Pekan Tahun 2024 di Dataran Pekan, hari ini.
Hadir sama ialah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Tuan Ir Razali Kassim, Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib, Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sabariah Saidan dan Pegawai Daerah Pekan, YH. Dato’ Zaliza Zulkifli.
Daerah Pekan merupakan daerah kesebelas bagi pelaksanaan Moh Karnival Makmur 2024 dengan bertemakan Sains dan Teknologi.
Jelasnya, Kerajaan pahang juga sedang giat membangunkan rangkaian teknologi hijau bagi memastikan kemampanan dan alam sekitar menjadi sebahagian daripada usaha untuk melestarikan Pahang.
Justeru, Moh Karnival Pekan 2024 ini merupakan satu usaha atau manifestasi berterusan Kerajaan Negeri untuk mengangkat taraf hidup masyarakat serta memperkasakan pembangunan, ekonomi dan sosial dalam Negeri Pahang.
Sumber: Pahang Media
Kommentarer