top of page

Pasukhas dapat projek bina pusat data syarikat dari AS


Pasukhas dapat projek bina pusat data syarikat dari AS
Pasukhas Group Bhd.

Pasukhas dapat projek bina pusat data syarikat dari AS

KUALA LUMPUR: Pasukhas Group Bhd (Pasukhas) berjaya memperoleh projek membina pusat data bernilai RM56.98 juta di Selangor untuk sebuah syarikat teknologi multinasional terkemuka yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Pasukhas berkata anak syarikat milik penuhnya, Pasukhas Sdn Bhd telah menerima salinan surat penerimaan yang ditandatangani, dan projek berkenaan dijangka siap pada 30 Jun 2025.


Ia berkata, surat setuju terima (LoA) daripada syarikat yang tidak dinamakan itu menandakan peristiwa penting ke arah pengembangan perniagaan strategik syarikat dan dijangka mengukuhkan pendapatan dan keadaan kewangannya selepas projek itu siap.


"Lembaga pengarah berpandangan bahawa projek itu tidak akan memberi sebarang kesan material ke atas modal saham terbitan dan pegangan saham oleh pemegang saham yang penting dalam syarikat kerana tidak ada terbitan saham biasa baharu dalam syarikat.


"Projek ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan Pasukhas Group dan dijangka tidak memberi sebarang kesan material serta-merta ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan penggearan Pasukhas Group," katanya.



Pasukhas dapat projek bina pusat data syarikat dari AS

Comentarios


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page