HANOI: Persidangan Parlimen ke-15 Vietnam pada Sabtu meluluskan resolusi dasar pelaburan bagi projek kereta api berkelajuan tinggi utara-selatan dengan jumlah pelaburan sebanyak 1.7 quadrilion dong Vietnam (kira-kira US$67 bilion -RM297 bilion).
Laporan Xinhua yang memetik agensi berita tempatan menyatalan projek itu akan dilaksanakan dalam tiga kitaran belanjawan jangka sederhana, dengan anggaran peruntukan sebanyak 538 bilion dong (AS$21.22 juta -RM943 juta) untuk kerja-kerja persiapan (2021-2025), 841.7 trilion dong (AS$33.2 juta- RM147.5 juta) bagi tempoh 2026-2030, dan 871.3 trilion dong (AS$34.3 juta - RM152.4 JUTA) untuk tempoh 2031-2035, menurut Agensi Berita Vietnam.
Projek ini membabitkan laluan sepanjang 1,541 kilometer, bermula di Stesen Ngoc Hoi di Hanoi, melalui 20 wilayah dan bandar, sebelum berakhir di Stesen Thu Thiem di Ho Chi Minh City.
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Parlimen, Vu Hong Thanh, berkata, selepas 18 tahun persediaan dan rujukan terhadap model rel berkelajuan tinggi global, projek ini dianggap sesuai dengan konteks semasa Vietnam.
Sumber: Berita Harian
תגובות