RIYADH: Pemasangan paip air kira-kira 1,350 kilometer giat dilakukan di Riyadh supaya ia dapat mengairi 7.5 juta pokok di ibu negara Arab Saudi.
Ia sebagai sebahagian daripada program utama untuk menghijaukan kawasan kediaman di bandar itu, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Menurut laporan SPA, jika paip berkenaan sudah beroperasi, ia mampu menyalurkan 1.7 juta meter padu air setiap hari, dengan menggunakan teknologi terkini seperti alat kawalan jauh dan pemantauan aliran air.
Laporan itu turut menjelaskan semua air yang digunakan akan dirawat 100 peratus untuk memenuhi komitmen program untuk menggunakan sumber boleh diperbaharui.
Riyadh menyasarkan untuk meningkatkan liputan hijaunya kepada 9.1 peratus dan bahagian per kapita kawasan hijau sebanyak 15 kali ganda kepada 28 meter persegi, manakala Arab Saudi merancang untuk menanam 10 bilion pokok di seluruh negaranya untuk dekad akan datang.
Sumber: Utusan
Paip sepanjang 1,350km dibina untuk mengairi 7.5 juta pokok di Arab Saudi
Comentarios