top of page

Paip pecah, 6 kawasan terjejas bekalan air



SHAH ALAM : Bekalan air di enam lokasi di sekitar Pulau Indah terjejas hari ini berikutan paip pecah di Tapak Projek Pembinaan Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini malam tadi.


Kawasan terbabit ialah Kampung Pulau Indah, Taman Armada Putra, Taman Laguna Park, Glenn Cruise, Pulau Indah Industri Fasa 1 dan 2.


Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri, berkata kejadian kira-kira jam 11.45 malam tadi disebabkan oleh pihak ketiga dan kerja pembaikan sedang dijalankan oleh Air Selangor.


"Air Selangor menjangkakan kerja pembaikan akan siap pada jam 3 petang ini dan bekalan air dijangka pulih di kawasan-kawasan terbabit jam 9 malam ini.


"Air Selangor sudah menggerakkan bantuan bekalan air kecemasan dengan lori tangki ke kawasan terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



12 views

Comments


bottom of page