top of page

Paip dasar laut terputus


Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB)
Gambar hiasan: Masalah tekanan air rendah membabitkan lebih 3,000 penduduk di Sungai Sian dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh empat bulan.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB)

BINTANGOR: Masalah tekanan air rendah membabitkan lebih 3,000 penduduk di Sungai Sian dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh empat bulan.


Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, usaha mengatasi masalah tersebut sedang giat dijalankan sekarang.


Menurutnya, masalah tersebut berpunca daripada pelbagai faktor termasuk paip dasar laut terputus.


Tambahnya, kerja membaik pulih turut merangkumi pemasangan balast, ujian, pentauliahan dan saluran bekalan air ke tangki aras tinggi Bukit Papit.


“Saluran paip dasar sungai terputus namun kerja membaik pulih sedang rancak dilaksanakan.


Kita menjangkakan kerja-kerja ini siap sepenuhnya dalam tempoh empat bulan.


“Projek ini dibiayai sepenuhnya Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi serta Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).


Ini merupakan salah satu usaha untuk memastikan bekalan air di kawasan itu pulih,” katanya ketika meninjau tapak Loji Rawatan Air Sungai Sian, kelmarin.


Menurutnya, JBALB akan memastikan projek yang kini di peringkat pelaksanaan disiapkan dalam jangka masa ditetapkan sekali gus menyelesaikan isu bekalan air secara efektif dan menyeluruh.


Mengenai pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Sian, beliau berkata, setakat ini kemajuan projek pada tahap 48 peratus.


“Kita tidak dapat menunggu kontraktor yang gagal menyiapkan projek.


JBALB perlu memastikan kontraktor yang dilantik dapat menyiapkan projek ini dengan kadar segera,” ujarnya.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing turut hadir.


Sumber: Sarawak Voice


15 views

Comments


bottom of page